Friday, February 4, 2011

.Pesanan Seorang Teman.

" Kita lebih menghargai setelah kehilangannnya "

Mungkin frasa ini biasa disebut tetapi, jika hati terasa tatkala mulut menyebut, pasti timbul di fikiran apa yang cuba disampaikan, mungkin ada kaitan dengan diri kita. Mungkin kita pernah merasa kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup kita, perpisahan dengan orang yang disayangi dan yang sewaktu dengannya.

Kalau suatu hari nanti kita hidup tak sehebat dulu ( sekarang ). Apa yang diimpi tidak tercapai, orang yang kita sayang entah hilang ke mana, apa yang ada hanyalah hati yang seakan tabah memujuk diri agar bersabar dan cekal menanti hari yang tak pasti. Fikirkanlah, hayatilah dan insafilah.

Semuanya hilang dikala diri masih lagi bingung mencari hala tuju yang jauh menyimpang dari apa yang dihajati. Masa itu pasti timbul kekesalan " Kenapa aku malas belajar dahulu ", " Kenapa aku selalu ponteng  kelas", " Kenapa aku biadap dengan cikgu", Kenapa aku tak ingat pesan mak dan ayah aku", dan " Kenapa aku tak pernah terfikir sebelum ini". KENAPA? Saat itu baru kita sedar betapa bernilai masa yang berlalu. 

Waktu itu hanya mampu terucap adalah " Semua dah jadi, nak buat camna lagi, dah takdir. " Kenapa perlu disalahkan takdir, tiada seorang pun boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Kenapa kita rak fikir semua itu akan terjadi pada kita suatu hari nanti. Semuanya berkemungkinan terjadi. Ingatlah fikir dahulu sebelum buang!

Tetapi sebelum buat sesuatu, fikirlah dulu baik buruk kesannya. Ada falsafah mengatakan jika seseorang itu terlalu memikirkan kesan daripada sesuatu perbuatan dia tidak berani mencuba. Tetapi itu kan lebih baik daripada kita menyesal selepas melakukan kesilapan. Mudah-mudahan coretan ini membuka ruang keinsafan dalam diri kita semua. Tak semua orang boleh terima sesuatu perubahan dalam masa singkat. Lama kelamaan keinsafan itu akan lahir sendiri dengan keikhlasan hatinya.

Kita semua manusia biasa, ada keistimewaan, ada kelemahan, sering juga melakukan kesilapan kerana tiada yang sempurna  dalam diri ini. Sekarang kita pikir pula macam mana nak jadi orang yang berbakti pada diri sendiri dan orang lain. Ingatlah, semua masalah ada penyelesaiannya, semua penyakit ada penawarnya dan semua yang berlaku ada hikmahnya. Jadikan mimpi ke alam realiti dengan daya imaginasi pasti ianya akan menjadi kebanggaan diri sendiri. Bukan untuk membangga diri tetapi sekadar untuk menyedarkan diri bahawa diri kita semua mampu mencipta kejayaan yang diimpikan.

p/s : renung2kan dan selamat beramal. :)

2 Suara Pendapat:

AmyZana said...

wow
deep words... :0

Syazary said...

salam singgah disini. selamat hari raya aidilfitri. :)